Welcome 2009!
Sejak minggu lepas terasa sgt bes dengan cuti bertampuk-tampuk. Lebih bes bos takde hingga tahun depan. Huhuhu…. That really gave me peace of mind. Tambah2 lak, dah sebulan aku tak masuk opis sejak November hari tu. Operasi sana sini, lepas tu balik raya haji. Sambung lak seminggu lagi sebab kursus kat Pangkor. Masuk je ofis balik, surat dan memo berduyun-duyun. Semua dah back-dated. Lantakla… makluman je pun.
Aku bukanlah seorang yang suka buat azam tahun baru. Tahun baru Hijrah mahupun tahun baru matahari. It’s like “new year resolution? What’s that? Maka, entry ini bukanlah untuk membebel tentang azam tahun baru aku. Apa yang aku ada hanyalah harapan (sayu la pulak ayat).
Antara aktiviti/ peristiwa/ rancangan tahun 2009:
-
minggu depan, bos besar akan masuk ofis – tensi semula
-
minggu depan gak, aku berambus pegi pejabat Residen Kapit – selain nak bincang pasal operasi, ianya memberikan aku sedikit masa untuk tidak tengok muka bos… hahahhaha
-
Januari ialah bulan suatu penantian yang bakal berakhir- mende? Biarlah rahsia….
-
jika Januari ‘adalah dengan sukacitanya’, maka suatu perancangan status ‘Rahsia Besar’ perlu dibuat- pening
-
kalau keadaan mengizinkan, aku enggau PETRONAS ka Long Seridan- aram bejalai!
-
semoga aku ditamatkan kontrak dan dapat jadi PTD tetap bulan April nanti- takla aku rasa terancam sangat
Itu je la kut highlight untuk tahun 2009 ni. Harapnya keadaan bertambah baik terutama dari segi kewangan dan karier sejajar dengan ramalan 2009 untuk zodiak Ayam.

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.